BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~SALAM UKHWAH~

Moga Hati Terus Tabah

Assalammualaikum,

Didikan lalu sedikit sebanyak mengajar ku untuk menjadi sorang yg terus tabah dalam mengharungi kehidupan di hari-hari muka dan lebih mencabar ini. Kekadang hati berfikir minda pula mengira apakah akan terjadi untuk esok hari? Atas diriku, keluarga ku dan seluruh manusia di muka bumi ini?

Hari ini kondisi kesihatan amat meragukan diriku sendiri di tambah pula dengan panggilan dari mak yang sedikit mengganggu pikiran ku sebagai seorang anak kepadanya. Inilah salah satu tanggungjawab ku di dunia fana ini, menjadi pendengar dan pemikir setia buat ibu ku. Jika dia lemah aku harus kuat dan jika aku degil pasti mak yang ada ubatnya. Ini kelihatan pasti.

Cerita hari ini yang ingin ku kongsikan kepada semua adalah berkaitan kasih ibu;

Pasti semua tahu tanpa ibu dan ayah, maka kita takkan ada di dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga. Inilah bait kata-kata yang selalu saya sebagai anak praktikkan buat saat ini. Untuk anak lelaki inilah kata-kata sesuai bagi kalian, manakala untuk anak perempuan, kasih suami membawa ke syurga .

Tapi bila saya melihat dunia hari ini, keadaan semakin kacau bilau. Saya sedih kerana anak yg dibesarkan oleh ibu dengan keadaan susah payah, mencalarkan arang di muka keluarganya sendiri. Kenapa harus ada anak yg begini? Saya melihat kasih ibu kpd anaknya amat tinggi semasa menjaga dan membelainya dari lahir hingga dewasa. Namun, hari ini saya tersentak dengan cerita buruk si anak. Betul kata orang muka yg kelihatan mulia itu, tidak mulia sepenuhnya. Don't judge a book by d cover. Untuk peringatan diri sendiri.

Hai anak, ingatlah dan tolonglah, tolonglah jangan sekali-kali sakiti hati orang tua dan keluarga kita. Belajarlah dari pengalaman lalu, kenapa harus mengulangi kesilapan lalu lagi? Tidak kah kau kasihan hai anak pada ibu mu? Tidak kah kau kasihan anak pada tulang 4 kerat yang mereka korbankan buat kita. Dan tidakkah kau sedar betapa sakitnya saat mereka melahirkan kita? Tidakkah kau sedar saat itu mereka bertarung dengan Maut!!!? Namun, hari ini apa yang kau beri untuk buat mereka tersenyum ceria dengan senyuman Ikhlas. Ramai antara kita lupa tenang PENGORBANAN mereka, kita hanya mahu gembira. Inilah yang kita tahu. Inilah yang kita mahu. Namun, untuk mak, apa yang kita buat. Saya sendiri tertanya2 apa yang harus saya lakukan untuk mak saya. Saya harus cari formula yang benar2 utuh untuk melihat senyumannya yang panjang tanpa sedikit pun kesedihan lagi. Moga hati ini terus belajar dari reality kehidupan dan university kehidupan. Moga diri ini sentiasa dalam pandangan Allah...





"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"(Hadis Riwayat Ibnu Asahin):D

0 comments: