Jumhur fuqaha' menegah wanita haidh masuk dan menetap dalam mesjid. Ini berdasarkan beberapa hadis yang jelas mengisyaratkan RasuluLlah saw menegah wanita haidh menetap dalam mesjid. Imam Syawkani (Nailool Awthor, Jld 1, ms 229 membolehkan atas alasan hadis-hadis dalam masalah ini tidaklah sampai ke tahap hasan-sahih.Inilah juga pendapat Mazhab Abu Daud Zahiri.
Imam Syafi'iy dan Imam Ahmad Ibn Hanbal mengharuskan wanita untuk melalui sahaja atau masuk sekejap untuk sesuatu urusan tapi bukan untuk menetap di dalamnya.
Kebanyakan ulama' tarjih seperti Dr Abdul Karim Zaidan (al Mufassal) dan Syaikhul al Azhar, Sayyid Sabiq (Fiqh
Sunnah) memilih pendapat jumhur (majoriti).
Ayat Penawar Sakit
5 years ago
0 comments:
Post a Comment