Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):
Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;
Hanafi: Makruh Tahrim
Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal)
alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)
Syaikh Mahmud Syaltut (Fatwa Syaltut) mengklaskan sunnah sebagai sunnah bersifat tasyri'at (perundangan) dan sunnah yang bersifat bukan tasyri' (bukan perundangan atau peraturan); maka soal menyimpan atau mencukur janggut bukanlah sunnah yang bersifat peraturan atau perundangan yang wajib dilaksanakan.
alQardhawi (Awamil as Sa'at) menjelaskan lagi, apa yang difatwakan di zaman silam tidak semestinya kekal begitu selama-lamanya bila berlaku perubahan pada zaman dan tempat. Percanggahan pendapat ulama' dalam persoalan janggut banyak ditentukan oleh faktur ulama' itu sendiri, masa dan tempat. Misalnya RasuluLlah saw dan Abu Bakar memberi zakat kepada mu'allaf (saudara baru), bila tiba zaman Umar alKhattab, beliau memansuhkan atas alasan umat Islam telah kuat dan menjadi kuasa dunia, maka tidak perlu diberi wang zakat kepada mu'allaf kerana illat (tujuan) pemberian pada asalnya ialah untuk menjinakkan hati saudara baru. Fuqaha' juga sentiasa berselisih pendapat dalm maksud hadis-hadis ; apakah ia bermaksud perintah dari Nabi saw atau hanya nasihat atau petunjuk sahaja.
Misalnya dalam isu apakah suami boleh berasmara dengan isterinya disiang hari di bulan Ramadhan? Nabi saw memberi banyak version; ada hadis yang melarang, ada hadis yang Nabi saw tidak melarang seseorang mencumbui isteri di siang hari bulan Ramadhan. Begitu juga hadis-hadis mengenai penentuan Ramadhan, hadis-hadisnya boleh ditakwil sebagai wajib secara hilal, dan ada ulama yang berpendapat zaman telah berubah, penentuan secara falak lebih tepat daripada hilal. Maka janggut termasuk dalamisu-isu yang boleh berubah disebabkan oleh faktur ia bukan tasyri', faktur ulama', faktur zaman, uruf, dan tempat atau bangsa itu (misalnya penganut Islam berbangsa Cina, Jepun dan Melayu yang kurang bulu di mukanya).
Kesimpulan: Buat masa ini di mana Islam dan umatnya sedang tenat dan gawat dengan pelbagai masalah yang kronik, Soal mencukur janggut tidak dapat lagi dikaitkan dengan dosa-pahala; perbahasan dosa-pahala hanya releven bila sunnah-sunnah yang bersifat wajib telah berjaya ditegakkan oleh umat Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Bahkan Umar alKhattab ra biasa melakukan sesuatu yang lebih dahsyat dari ini, ketika berlakunya tahun kelaparan dan kemarau yang dikenali tahun Ramadah, Umar telah menangguhkan pungutan zakat ternakan dan tanaman; Umar juga telah menangguhkan hukum hudud pemotongan tangan bagi yang mencuri di tahun ramadah. Ini suatu yang lebih besar dari urusan mencukur dan menyimpan janggut. oleh itu janganlah kita terlalu memikirkan urusan umat Islam yang mencukur janggut mereka buat masa ini; kita menghadapi isu-isu mega yang lebih utama untuk dilaksanakan sebelum berdepan dengan isu janggut dan misai. Namun, mereka yang ingin melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji pada syara'. Ini tidak ada khilaf lagi.
Ayat Penawar Sakit
5 years ago
0 comments:
Post a Comment