Bab ini termasuk khilafiah yg besar dan didebat dan dibahas hingga kini dan masih belum ada titik pertemuannya, akhirnya fuqaha' berpecah kepada dua pendapat besar: tidak sampai pahala bacaan AQ kepada si mati dan satu lagi sampai pahalanya.
Fatwa Prof Mutawalli Sya'rawi (Anta Tasal wa Islam Yujib):
"Jumhur fuqaha' berpendapat tidak sampai pahala membaca alQur'an jika dihadiahkan kepada orang lain kecuali bacaan anaknya kepada kedua ibubapanya."
Dalil: a. an Najm:41 (maksud)," bahawa seseorang tiada memperoleh selain apa yang ia usahakan." anak yang soleh ialah termasuk hasil usaha orang tuanya jua. b. 35: Faathir: 18 (dan orang yg berdosa tidak akan memikul dosa orang lain)
c. 41: Fusysyilat: 46 (dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung yg dapat menolong mereka selain Allah)
Dalil Hadis: "apabila anak Adam mati, putuslah amal perbuatannya kecuali: sedeqah jariah, ilmu yang terus dimanfa'atkan serta anak yang mendo'akannya."
Bagaimana cara terbaik berbakti kepada kedua orangtua?
Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
1.memohon keampuan untuknya
2. melaksanakan amanah dan wasiatnya
3. hormat kepada sahabat tolannya
4. selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya.
Menurut kitab Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah:
Cara berbakti kepada kedua ibubapa:
1. menunaikan haji untuknya (jika belum haji)
2. berpuasa untuknya
3. solat sunat untuknya
4. sedeqah atas namanya
5. membaca alqur'an untuknya.
Rumusan:
1. Empat madzhab besar feqah:
Syafi'iy: ada dua pendapat besar: pendapat terdahulu dan yg lebih masyhur berpendapat tidak sampai; pendapat terkemudian-sampai pahalanya (ia adalah lebih popular di Nusantara)
Malik: tidak sampai pahala bacaan tsb, bahkan makruh hukumnya kerana tidak dilakukan oleh ahlil Medinah.
Hanbali: sampai pahala bacaannya
Hanafi: harus hukum membaca AQ dan mengirim pahala kepada si mati.
Para fuqaha' terkemudian dan pentahqeeq (pengkaji) juga berselisih:
Kumpulan yg berpendapat sampai: Imam dan Syaikhul islam Ibn Taymiyah alHarani, Imam Ibn Qayyim alJauziah (murid Imam Ibn Taymiyah alHarani), Imam Ibn Qudamah alMaqdisi, dan Fatwa Lembaga Jami'ah Fatwa alAzhar (pengerusi Syaikh Atiyah Saqr (Ahsanul Kalam)
Kumpulan yg menegahnya dan tidak sampai pahala bacaan kpd si mati: Prof alImam Mutawali Sya'rawi (kecuali bacaan anak si mati atas alasan anak adalah termasuk usaha si mati); Ulama' Salafiah Saudi Arabia (Ben Baz, Salih alUthaimin, Albani, dll) dan di Nusantara, Prof Teuku Hasbi Siddiqui dalam al_Islam. Ulama' asSalafiah antara yg paling keras mencelanya. thtl
Kembali kepada persoalan asal: apabila kita melakukan pembacaan alQur'an dan dihadiahkan pahalanya kepada dua orang tua atau arwah si muslim, apakah baki pahala yang tinggal untuk si pembaca?
Jawab: Konsep ajr (pahala) dalam Islam dan keikhlasan seseorang melakukan adalah rahsia Allah yang akan dibuka di Akhirat kelak. Tidak siapa yang dapat mengetahui hakikat pahala ini hatta Malaikat sekalipun. Misalnya pahala membaca alQur'an ialah bukan satu kalimah, tapi huruf demi huruf. Kemudian anda akan diberi pahala kerana berbakti kepada kedua ibubapa;
pendeknya sifat Allah sebagai arRahman (Maha pemurah) dan alGhaniy (Maha Kaya) sudah cukup melegakan sesiapa saja yang berurusan dengan Allah bahawa Dia menjanjikan ganjaran yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pakar
matematik kerana terlalu luas, besar dan tidak terhitung hebatnya.
Puncak ibadah ialah melakukan keta'atn dan kebaktian serta meninggalkan segala larangannya dan mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.
Rumusan:
Maka apabila kita membaca alQur'an, kita sudah diberi pahala membaca alQur'an; jika kita meniatkan pahala bacaan itu untuk arwah kedua ibubapa kita dan semua penghuni kubur kampung kita, maka pembahagian itu adalah dalam ilmu Allah yang diluar batas keilmuan manusia atau Malaikat. Pernah seorang menderma satu dirham kepada RasuluLlah saw, maka RasuluLlah saw
bersabda sumbangan satu dirham si fulan itu lebih besar dari 100,000 dirham orang kaya sebab satu dirham derma simiskin itulah harta yang ada padanya sedangkan 100,000 dirham dari si kaya mungkin hanya sebahagian daripada hartanya yang banyak. Maka konsep pahala dan keikhlasan seseorang menjadikan pahala itu berbedza saiznya.
Ayat Penawar Sakit
5 years ago
0 comments:
Post a Comment