BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~SALAM UKHWAH~

::: SEMAK ARAH KIBLAT DI RUMAH :::

Waktu : 5. 16 ptg ( matahari berada setentang dengan qiblat / titik zenith)
Masa menyemak : 5. 14 - 5. 18 petang

Peristiwa matahari berada di titik zenith ini berlaku 2 kali setahun. Pada tahun ini ia berlaku esok , 28 Mei
pada pukul 5. 16 ptg dan pada 16 Julai pada pukul 5. 28 petang.

Kaedah menentukan arah qiblat berpandukan matahari ini dikenali Istiwa' Matahari atau Istiwa' Adzam.
Ia adalah kaedah tradisional di mana nilai sudut Istiwa' matahari bersamaan dengan nilai latitud Makkah
tempat letaknya kaabah.

Cara membuat semakan:
- Dirikan satu objek tegak dan lurus spt tiang di tanah lapang. Jika di rumah, rujuk pada bingkai tingkap
yang boleh menerima cahaya matahari
- Tetapkan masa / jam supaya bertepatan dengan masa berlakunya Istiwa'
- Tempoh masa menyemak 2 minit sebelum dan 2 minit selepas.
- Lihat bayang tiang yang yang kelihatan pada lantai / tanah, gariskan bayang tersebut, itulah arah qiblat kita.

Semoga dengan peluang ini dapatlah kita perbetulkan arah qiblat dan lebih yakin ketika beribadah.

0 comments: